:: S I M P L E ::




Pengalaman dimengorat oleh perempuan
Monday, 29 August 2011 | 18:28 | 1 comments

Hai. Siapa perempuan? Best tak jadi perempuan? Apa yang bestnya? Apa yang tak bestnya? Well, itu semua dah ketentuan Allah SWT. Perempuan jadi lebih kepada lelaki, perempuan jadi tomboi, perempuan jadi suka kepada kaum perempuan juga, apa pendapat korang? Itu ketentuan Allah SWT juga atau lebih kepada nafsu yang bergelora?
Adik beradik semua perempuan
Sebagai perempuan, I rasa seronok jadi perempuan. I tak suka nak berlagak macho macam lelaki, sebab I perempuan. I tak suka nak hipokrit bercakap cara lelaki, sebab I perempuan. Dan I tak suka nak berperangai macam lelaki, sebab I perempuan. Apa yang seronoknya bila seorang perempuan berpewatakkan seperti seorang lelaki? Dia rasa macam macho sangat ke? Okay jangan marah I, jangan terasa, jangan emosional. I cuma bertanya saja.
I pernah dimengorat oleh perempuan. Masa tu I tingkatan dua, tahun 2002. Biasalah, I dengan kakak and Angah memang selalu duduk dekat beranda rumah, berbual, menyanyi, kira bintang, luah perasan, ketawa bersama, tapi satu hari tu I pergi pasar malam dengan kawan-kawan, ada orang panggil I dan cakap ada orang nak kenal dan minta nombor telefon I. I tanya lelaki atau perempuan, sebab kalau lelaki memang tak akan dilayan lah kan, I baru tingkatan dua kan lagipun masa tu I suka melepak dengan kawan-kawan. I takut kalau ada boyfriend nanti tak bebas. Then, budak tu kata, perempuan. Nama dia ‘Anis’ (bukan nama sebenar). I pon bagi nombor  telefon I sebab budak yang tolong minta nombor I tu pon I kenal.
Lepas balik dari pasar malam ada orang call. I angkat dan cuba berkenalan. Suara dia agak kasar tapi I macam tak perasan sangatlah yang dia tu pengkid ke apa kan. I pun berbual biasalah. Tiba-tiba I dapat tahu ‘Anis’ ni siapa sebenarnya. Cara pakaian dia memang macam lelaki. I dah macam takda mood nak kawan dengan dia lepas tu. Dia call pun I macam malas nak layan. Tapi dia tak mengalah, selalu bagi I present. Present tu dia letak dekat beranda rumah I (rumah I masa tu kuarters polis, duduk bawah sekali).
boyish
Sejak dari tu, setiapkali I lepak dengan kawan-kawan mesti akan nampak dia, lalu lalang depan I sambil berlagak macho. I rasa macam meluat tapi dalam masa yang sama, I rasa kasihan sangat kenapa dia boleh jadi macam tu. Selalunya yang jadi pengkid ni, adalah perempuan yang cantik tau. Bila I dah mula kurang layan ‘Anis’ tu, dia tinggalkan seutas rantai dengan surat untuk I dekat beranda rumah I. Surat tu panjang gila okay. I rasa kakak dengan Angah pon ingat lagi pasal surat tu. Dia meluahkan rasa cinta dekat I. Ya Allah, I rasa macam geliiiiii sangat masa tu. Nasib baik tak lama lepas tu dia pindah dari area rumah I tu. Tapi setiapkali datang KL, dia akan singgah situ and buat hal sama, berlagak macho lalu lalang depan I masa tengah lepak dengan kawan-kawan. And ada jugak cuba-cuba call I tapi I tak layan. Tak angkat pun phone calls dia, lama-lama dia dah senyap.
Korang macamana? Pernah tak alami peristiwa ngeri macam ni? =______=”

| Newer Post